Ya Allah... Bukakanlah pintu untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aamiin...
Wednesday, 27 February 2013
Jangan berputus asa!
Apabila diuji, kita janganlah cepat putus asa. Kita hendaklah kuatkan semangat mendepani setiap yang berlaku dan percayalah, ada hikmah di sebalik semuanya. Adakalanya, kita tidak ditunjukkan hikmah itu segera atau dalam masa terdekat tapi lama-kelamaan kita akan sedar Allah lebih menyayangi kita. Setiap ujian yang ditimpakan itu untuk kita berfikir dan menjadi dewasa. Lebih penting adalah percaya bahawa Dia sepintar-pintar pengatur alam dan Dia tidak pernah menganiayai hamba-hambanya melainkan hamba-hambanyalah yang menzalimi Dia. Jadi, jangan berputus asa, ingat Allah sentiasa dalam susah dan senang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment