Wednesday, 27 February 2013

Jangan berputus asa!

Apabila diuji, kita janganlah cepat putus asa. Kita hendaklah kuatkan semangat mendepani setiap yang berlaku dan percayalah, ada hikmah di sebalik semuanya. Adakalanya, kita tidak ditunjukkan hikmah itu segera atau dalam masa terdekat tapi lama-kelamaan kita akan sedar Allah lebih menyayangi kita. Setiap ujian yang ditimpakan itu untuk kita berfikir dan menjadi dewasa. Lebih penting adalah percaya bahawa Dia sepintar-pintar pengatur alam dan Dia tidak pernah menganiayai hamba-hambanya melainkan hamba-hambanyalah yang menzalimi Dia. Jadi, jangan berputus asa, ingat Allah sentiasa dalam susah dan senang.

I have no failed.

Untuk berjaya, seharusnya kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. Menjadi orang berjaya bukanlah perkara yang mudah kerana kita sudah tentu akan berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan. Sama ada untuk berjaya dalam kerjaya, dalam menyampaikan dakwah, menjadi pemimpin yang baik dan lain-lain. oleh itu, adalah wajar bagi kita berusaha dengan lebih gigih lagi dan menjadikan cabaran sebagai satu dorongan untuk lebih bersemangat dalam menempa kejayaan pada masa akan datang. :)

Tuesday, 26 February 2013

Doa bertemu jodoh (wanita)

Sesungguhnya, jodoh itu rahsia Allah. Apalah daya dan upaya kita melawan takdir-Nya. Benar, kita mampu merancang, memilih yang begitu atau begini mengikut imaginasi sendiri. Tapi pada akhirnya, kuasa yang menentukan datangnya dari Allah pencipta dan pengatur seluruh alam. Percayalah, Dia sudah merencanakan yang terbaik untuk kita. Bersabarlah sementara tiba masanya, dan berdoalah akan adanya yang beriman untuk membimbing kita di mahligai idaman nanti. Aamiin.

Silent is gold



Silent is gold. Diam itu lebih baik daripada berkata yang sia-sia. Oleh itu, beringat-inagtlah apabila mengeluarkan kata-kata. Jangan sampai ada yang tersinggung kerana berbisanya lidah kita tetapi biar ada yang terpesona kerna halusnya budi bicara kita!

Monday, 25 February 2013

Kuasa Allah



Surah al-Mulk: Ayat 19, menyebutkan seperti tafsiran di atas. Hal ini menunjukkan kepada kita betapa besarnya kekuasaan Allah yang tidak terjangkau oleh pemikiran kita dalam menyusun atur putaran alam dan mengawal setiap perkara yang berlaku tanpa cacat celanya.

Wednesday, 20 February 2013