Thursday, 23 May 2013

Road to Heaven


Doa Solat Istiqarah



Kental Jiwa


Allah dan Rahim-Nya


"Jika benar dia untukku..."


Sahabat


Buatmu 'seseorang'...


Larangan Berputus Asa dari Ketentuan-Nya


Zikir Harian




Langit


Hadis Orang Teraniaya


Rahsia Orang Berjaya


Sunday, 3 March 2013

Doa Solat Sunat Dhuha


Dhuha, solat sunat yang dituntut. Besar ganjarannya disisi Islam. Pengamalnya akan ditingkatkan rezeki oleh Allah SWT dan mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat. Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa melakukan solat sunat Dhuha dan membaca pada rakaat pertama al-Fatihah dan ayat Qursi sebanyak 10 kali dan rakaat kedua al-Fatihah dan surah al-Ikhlas sebanyak 10 kali nescaya ia akan mendapat kerelaan dari Allah Yang Maha Besar." (HR Anas bin Malik)
Dalam satu hadis yang lain, ada juga dinyatakan bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha terus menerus, akan diampunkan dosanya meskipun seluas lautan." (HR Tirmizi)

Friday, 1 March 2013

Doa kesihatan badan


Doa ini memohon kepada Allah untuk kesihatan badan.
"Allahumma ‘afini fi badani. Allahumma ‘afini fi sam’i. Allahumma ‘afini fi bashari. Allahumma inni a’udzu bika minal kufri wal faqri. Allahumma inni a’udzu bika min ‘adzabil qabri. La ilaha illa anta.

Janji Allah itu pasti.

Janji Allah itu pasti, maka berpeganglah hanya pada-Nya. Allah berjanji akan mengabulkan permintaan hamba-hambanya, sama ada cepat atau lambat sahaja. Ada hamba yang dikabulkan cepat doanya, namun ada yang lambat. Andainya kita tergolong dalam hamba yang lambat dikabulkan doa, apalah salahnya andai kita kembali merenung diri dan bermuhasabahlah, pasti kita akan dapati hikmah yang tersembunyi disebaliknya.

Kuat dalam doa-Nya

yang membuat kita kuat adalah doa,
yang membuat kita dewasa adalah masalah,
yang membuat kita maju adalah usaha keras,
yang membuat kita hancur adalah putus asa,
yang membuat kita bersemangat adalah impian dan harapan,
yang membuat kita terbaik, adalah;

MENGAKRABKAN DIRI DENGAN KEHENINGAN JIWA
DAN
MEMPERBANYAK SUJUD PADA YANG MAHA ESA..

Wednesday, 27 February 2013

Jangan berputus asa!

Apabila diuji, kita janganlah cepat putus asa. Kita hendaklah kuatkan semangat mendepani setiap yang berlaku dan percayalah, ada hikmah di sebalik semuanya. Adakalanya, kita tidak ditunjukkan hikmah itu segera atau dalam masa terdekat tapi lama-kelamaan kita akan sedar Allah lebih menyayangi kita. Setiap ujian yang ditimpakan itu untuk kita berfikir dan menjadi dewasa. Lebih penting adalah percaya bahawa Dia sepintar-pintar pengatur alam dan Dia tidak pernah menganiayai hamba-hambanya melainkan hamba-hambanyalah yang menzalimi Dia. Jadi, jangan berputus asa, ingat Allah sentiasa dalam susah dan senang.

I have no failed.

Untuk berjaya, seharusnya kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. Menjadi orang berjaya bukanlah perkara yang mudah kerana kita sudah tentu akan berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan. Sama ada untuk berjaya dalam kerjaya, dalam menyampaikan dakwah, menjadi pemimpin yang baik dan lain-lain. oleh itu, adalah wajar bagi kita berusaha dengan lebih gigih lagi dan menjadikan cabaran sebagai satu dorongan untuk lebih bersemangat dalam menempa kejayaan pada masa akan datang. :)

Tuesday, 26 February 2013

Doa bertemu jodoh (wanita)

Sesungguhnya, jodoh itu rahsia Allah. Apalah daya dan upaya kita melawan takdir-Nya. Benar, kita mampu merancang, memilih yang begitu atau begini mengikut imaginasi sendiri. Tapi pada akhirnya, kuasa yang menentukan datangnya dari Allah pencipta dan pengatur seluruh alam. Percayalah, Dia sudah merencanakan yang terbaik untuk kita. Bersabarlah sementara tiba masanya, dan berdoalah akan adanya yang beriman untuk membimbing kita di mahligai idaman nanti. Aamiin.

Silent is gold



Silent is gold. Diam itu lebih baik daripada berkata yang sia-sia. Oleh itu, beringat-inagtlah apabila mengeluarkan kata-kata. Jangan sampai ada yang tersinggung kerana berbisanya lidah kita tetapi biar ada yang terpesona kerna halusnya budi bicara kita!

Monday, 25 February 2013

Kuasa Allah



Surah al-Mulk: Ayat 19, menyebutkan seperti tafsiran di atas. Hal ini menunjukkan kepada kita betapa besarnya kekuasaan Allah yang tidak terjangkau oleh pemikiran kita dalam menyusun atur putaran alam dan mengawal setiap perkara yang berlaku tanpa cacat celanya.

Wednesday, 20 February 2013