Monday, 15 October 2012

Jawapan Rindu

Terasa sesuatu
Persoalan memanggil 
Di benak yg paling mendalam
sehingga menjadi ralit
Semakin jiwa dilanda
Gelora Sang Penanti
Semakin sukar difahami
Puncanya gelisah ku ini

Hanya kekosongan 
Jua kehilangan 
kurasai
Menghuni hati

Di mana kan ku temui
Penghujungnya resah ini
Seumpama ku menanti sejawapan Rindu
Di mana kan ku temui 
Oh sinaran yg hakiki
Untuk menjadi penyuluh 
Jalan didepanku
Hingga akhir waktu

Andainya kau temui
Cahaya yang ku cari
Sudikah dikongsi bersama
Sebagai teman mahupun sebagai kekasih

Merenung bayangan jauh
Menatap pengertian
Menyelam dasar persoalan
Menyelongkar kemuncak maksud

Saturday, 13 October 2012

Mengintai Ruang Insaf

semakin berat kejahilan
terpikul di bahu
semakin jauh perjalanan
memburu nur-Mu

sewaktu berlari di padang hidup
kerap kakiku tersadung selirat akar
tubuhku tercalar duri pidana
pada samar kejauhan
ancala mulia semakin kabur

dan menghilang.

sekadar songsong aksara kata 

tanpa kembali ke tunjang makna,
"Apakah dalam sarat khilaf
masih terbuka ruang untuk 
dianugerahkan keinsafan?"

Rabb,

moga pintu taubat-Mu terbuka
sebelum api dari bara itu menyala.

(Oleh:Shukri Abdullah)


:Perhatian, bukan saya yang menulis sajak ini-sekadar 'mengopy' sahaja. 
Ehehe.. Ia kelihatannya sangat indah dan penuh makna. 

Thursday, 11 October 2012

Sujudku

Yang membuat kita kuat adalah doa,
Yang membuat kita dewasa adalah masalah,
Yang membuat kita maju adalah usaha keras,
Yang membuat kita hancur adalah putus asa,
Yang membuat kita bersemangat adalah impian dan harapan,
Yang membuat kita terbaik, adalah;

MENGAKRABKAN DIRI DENGAN KEHENINGAN JIWA
DAN
MEMPERBANYAK SUJUD PADA YANG MAHA ESA..

Di Sebalik Merah

Siapa suka warna merah?
Benarkah warna merah tidak dibenarkan oleh Nabi untuk dipakai? 

Warna merah adalah prhiasan dari syaitan - hadis. 
Nabi menyukai warna hijau sebab akan menajamkan mata dan menyeronokkan jiwa. Cuba tengok pokok-pokok dan hutan.

Nabi suka warna putih, buktinya pakaian-pakaian nabi berwarna putih dan nabi suruh kapankan mayat dengan kain putih. 

Kenapa Islam tidak menghar
amkan warna merah? Kenapa ia makruh? Saidina Anas b Malik meriwayatkan, nabi pernah memakai pakaian serba merah, tapi bukan sebagai kebiasaan. Jadi, makruh pakai pakaian warna merah. 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Cik Kunang-Kunang: Saya pun baru je tahu.. :)

Hadis Qiamat

Dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Qiamat tidak berlaku sehingga datang hujan lebat yang merosakkan sekalian tempat kediaman kecuali khemah-khemah." (Riwayat Ahmad)

Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. berkata
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Halilintar serta petir akan sering berlaku
menjelang Qiamat sehingga seorang akan bertanya kepada orang ramai, “Ada sesiapa di antara kamu yang dipanah petir pagi tadi?” Maka disahut, “Si fulan dan fulan telah kena panah.” (Riwayat Ahmad)
 

“Tidak terjadi kiamat itu sehingga orang bersetubuh (berzina) seperti bersetubuh keldai di tengah jalan.” (Riwayat Ibnu Hibban).

Hadis Rezeki

"Perumpamaan orang yang menginfakan hartanya dijalan ALLAH ibarat SEBUTIR biji yang menumbuhkan TUJUH TANGKAI, pada setiap tangkai ada SERATUS BIJI. ALLAH melipatgandakan bagi siapa yang DIA kehendaki dan ALLAH Maha Luas lagi Maha Mengetahui." [ Surah AL-BAQARAH ; 261]

Hikmah Sabar

“Dan taatilah kamu kepada ALLAH dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya ALLAH berserta orang yang sabar.” (Surah al-Anfal, ayat 46)

Rasulullah SAW bersabda: 
“Barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” Jadi, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Orang soleh apabila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.


Wednesday, 10 October 2012

Kamus Asmara

Kau masih di sekolah
Dan aku masih mentah
Kita lafazkan kata cinta
Yang tertulis dalam kamus asmara

Kau dan aku terpisah
Dewasa dibawa arah
Kita lupa ada sejarah
Yang tersimpan dalam kamus asmara

Terkadang kau menjelma
Mimpi indah sewaktu bersama
Itu cinta pertama
Tak mungkin kulupa

Pernah aku mencuba
Mencari mu entah di mana
Dan kini yang kutemui
Arca yang berbeda

Sayang selasih tuan
Tumbuh di hujung taman
Mekar bersendirian
Sayang kasihku intan
Harum sepanjang zaman
Biar kau milik orang

Kiranya engkau terdengar
Kesan cinta pertama
Walau di mana kau berada
Doaku semoga kau bahagia
Selamanya